SALAM MAAL HUJRAH DAN SELAMAT TAHUN BARU

Moga tahun baru ni kita semua diberi peluang mengecap kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki serta dipanjangkan usia dalam iman dan keberkatan...

Anugerah EMAS (GOLD) di Ekspo Reka Cipta, Inovasi dan Reka Bentuk (Invention, Innovation And Design Exposition) - IIDEX

Alhamdulilah kedua-dua projek inovasi yang saya sertai mendapat anugerah dalam IIDEX2016 daripada sejumlah 745 penyertaan keseluruhannya.

Awards at British Invention Show 2009

The British Invention Show, is the largest innovation and technology expo in Britain. UiTM submitted 8 entries of which all won medals.

Fasilitator Terbaik

Fasilitator Terbaik kali kedua berturut-turut. Sebenarnya kejayaaan ini adalah kejayaan anda semua.

Konvensyen ICC Kebangsaan

Naib Johan Sektor Awam, 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam, Anugerah Emas 3 Bintang Konvensyen ICC Kebangsaan

Pingat Emas Dalam Malaysia Technology Expo ( MTE)

Menerima anugerah Pingat Emas dalam Malaysia Technology Expo ( MTE) 2009 yang telah diadakan pada 19 hingga 21 Februari 2009 di PWTC, Kuala Lumpur. Pelbagai hasil penyelidikan telah dipamerkan oleh 460 peserta/ kumpulan daripada pelbagai IPTA, badan swasta, MRSM dan lain-lain organisasi.

Sunday, June 18, 2017

ADOBE Digital Marketing Cloud


ADOBE Digital Marketing Cloud 


Pada 12 April 2017 yang lalu UiTM telah  mengadakan Program The Future Of Creativity (UiTM-ADOBE Media Announcement) dengan bertujuan berkongsi informasi dan pengetahuan mengenai ADOBE Creative Cloud yang kini boleh di akses di seluruh kampus bagi tujuan P&P dan Pentadbiran.

Sehubungan itu bagi kesinambungan dari program UiTM dan ADOBE, ADOBE Asia Pacific berbesar hati menjemput  kami  pegawai yang terlibat secara langsung dalam pengurusan dan perancangan komunikasi serta media digital seperti jaringan, portal pelajar, laman web, 
portal promosi pengambilan pelajar, pengurusan data dan yang berkaitan bagi menghadiri pembentangan ADOBE Digital Marketing Cloud yang diadakan pada :-

Tarikh    :   19 Jun 2017 (Isnin)
Masa      :   10.00 pagi – 1.00 tengahari
Tempat  :   Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah (GESTURZ), UiTM Shah Alam










foto dari  https://www.facebook.com/groups/gesturz/

Adobe Marketing Cloud gives you the most complete set of integrated digital marketing solutions available. It provides everything you need to organize, access, and personalize your marketing content. It gives you deep insights into what’s working with your customers and the ability to consistently deliver the best experiences to every customer across every channel.      read more
http://www.adobe.com/marketing-cloud.html






Tuesday, June 06, 2017

Program Bubur Lambuk PTAR 2017

Satu program Gotong Royong Memasak dan Agihan Bubur Lambuk yang dianjurkan oleh warga Perpustakaan Tun Abdul Razak  pada tarikh 7hb. Jun, 2017 (Rabu), bermula dengan gotong-royong memasak seawal jam 08.00 pagi sehingga penyerahan agihan jam 1.00 tengahari.

Program Gotong Royong memasak bubur lambuk ini dijalankan diperkarangan Perpustakaan Tun Abdul Razak Utama. Sebanyak kira-kira 500 bekas bubur lambuk telah dapat disediakan

Majlis pengagihan dan penyerahan bubur lambuk telah dilakukan oleh Ketua Pustakawan En Noor Hidayat. Penyerahan turut diberikan kepada wakil Jabatan dan wakil Perpustakaan Fakulti.

Diharapkan usaha murni, kerjasama dan komitmen sebegini akan terus berkekalan dalam menjalin ukhwah sesama kita warga PTAR.







































Selamat Menyambut Hari Pustakawan 2017



SELAMAT HARI PUSTAKAWAN MALAYSIA 2017
“Transformasi Perpustakaan, Transformasi Masyarakat"
HAPPY LIBRARIANS’ DAY MALAYSIA 2017
“Transform Libraries, Transform Societies”

Tarikh 6 Jun setiap tahun kini telah diisytiharkan sebagai Hari Pustakawan Peringkat Kebangsaan. Sambutan hari berkenaan adalah sebagai penghormatan kepada semua pustakawan di negara ini dalam usaha menyuburkan keilmuan dalam kalangan masyarakat.



Ia juga disambut individi , organisasi serta persatuan yang berkenaan diseluruh Malaysia dengan tema tahun ini  “Transformasi Perpustakaan, Transformasi Masyarakat"




Monday, May 22, 2017

Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah abad ke – 21

Salam sejahtera semua , minggu ini saya akan berkampung pula di Tok Aman Bali Beach Resort , Kelantan dari 22 hingga 25 Mei 2017 kerana terlibat dengan Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah abad ke – 21  sebagai AJK merangkap sebagai Penceramah pada sesi ke 2 iaitu pada pagi 24 Mei 2017. dengan tajuk yang diberikan kepada saya Pengurusan Maklumat Bagi Pusat Sumber Sekolah Dalam Era Digital 

Antara topik yang di kemukakan ialah:
- Evolusi Sistem Pengurusan Maklumat  Perpustakaan dari Era Kad Katalog hingga la ke OPAC dan OPAC2.0 - Open Source Solution - Koha dan Senayan
- Tak lupa juga bahan digital dengan  sistem Open Source Solution seperti  DSpaceEPrints, Digital Commons and Fedora Commons
E-book, PDF,  EPUB , Augmented Reality (AR)
-Penggunaan Sosial media di Pusat sumber atau Library 2.0, FB, Insta, Google Plus, Google Photo, Flickr
- Penggunaan  cloud solutions -  cloud storage - Google Drive - Google Doc etc,  Microsoft OneDrive , Microsoft 365 dan sterusnya  gambaran pembelajaran akan datang 



PENGENALAN
Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah abad ke – 21 merupakan salah satu aktiviti bagi program kemasyarakatan yang dikenali sebagai Ilmu Mengubah Destini (IMD).

Bengkel ini merupakan satu wadah yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti pengurusan pusat sumber sekolah-sekolah menengah disamping membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat, Budaya Ilmu, dan Budaya Membaca di kalangan warga sekolah.
Program ini adalah anjuran bersama Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam dengan kerjasama Perpustakaan Tengku Anis, UiTM Cawangan Kelantan dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan bagi tahun 2017.


OBJEKTIF
•       Memberikan pendedahan berkaitan pentadbiran pusat sumber sekolah yang cemerlang menjurus abad ke-21.
•       Pengajaran berkaitan penggunaan teknologi ICT dan media sosial dalam memperolehi sumber maklumat dalam persekitaran pusat sumber sekolah.
•       Pentadbiran dan pengurusan pusat sumber sekolah dilaksanakan dengan cara yang profesional berdasarkan piawaian-piawaian sebenar.

•       Menjadikan pusat sumber sekolah pusat ilmu sebenar dengan koleksi yang mantap dan diurus dengan baik.
•       Membolehkan guru pusat sumber sekolah mendapat pendedahan dan dapat memahirkan diri dalam mengkatalog dan mengkelas bahan-bahan perpustakaan.







Saturday, May 13, 2017

ANUGERAH EMAS BAGI INOVASI SOLAT ALERT SOFTWARE (SAS) DI ITEX2017


Alhamdulilah dapat juga melakarkan sejarah memenangi anugerah emas bagi penyertaan di International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX 2017) pula dengan produk inovasi Solat Alert Software (SAS).


Sebelum ini telah pernah mendapat anugerah emas tapi di Malaysia Technology Expo ( MTE) yang diadakan pada sekitar Februari 2009 di PWTC, Kuala Lumpur sewaktu bersama Kumpulan inovatif Kreatif (KIK) e-Wave dengan produk Library Automated Self-Charging Machine. Tapi penyertaan ITEX ini adalah percubaan pertama.

Tidak sia-sia peluang yang diberikan oleh Research Innovation Business Unit (RIBU) semoga dengan kemenangan ini dapat juga menyumbangkan sesuatu kepada UiTM untuk MyRA Skor




Majilis penyampai  Anugerah pencapaian inovasi telah diadakan pada Malam Budaya Cipta,  12 Mei 2017 di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC)  dan anugerah telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah.



Pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX) 2017 terus menjadi platform pereka tempatan mengetengahkan rekaan dan inovasi ke peringkat global.

ITEX ke-28 kali ini  menghimpunkan lebih 1,000 rekaan dan inovasi dari 24 negara di seluruh dunia.

Presiden dan Pengasas Persatuan Rekabentuk dan Rekacipta Malaysia (MINDS) Tan Sri Prof Emeritus Dr Augustine Soon Hock Ong berkata, ITEX 2017 menampilkan bukan saja pereka, malah pelabur, individu dan korporat.

“Tahun ini, ITEX memberi tumpuan terhadap pengkomersialan dan keusahawanan serta menerima sambutan memberangsangkan dari luar negara.

“Selain itu, ITEX 2017 turut menampilkan Startups Showcase untuk membantu syarikat permulaan menembusi pasaran,” katanya di majlis pembukaan ITEX 2017 di sini, semalam.



Program itu dirasmikan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah.


Augustine berkata, pameran ini mendapat penyertaan menggalakkan daripada peserta luar negara dan menjadi perkembangan positif bagi industri rekaan dan inovasi di negara ini.

Antara negara yang turut serta dalam ITEX 2017 ialah Bahrain, China, Mesir, England, Jerman, Hong Kong, Indonesia, Iran, Korea, Kuwait, Oman, Filipina, Poland, Qatar dan Romania, Amerika Syarikat, Arab Saudi, Taiwan, Sri Lanka, Thailand, Turki, Emeriah Arab Bersatu dan Vietnam.



Menurutnya, di ITEX 2017, syarikat penyelidikan dan syarikat baru berpeluang mempelajari mengenai perniagaan terbaik menerusi pelbagai aktiviti.

“Sebagai contoh, Pitch4Fund menyatukan pelabur dan pencipta dalam menyediakan dana bagi menyokong penemuan terbaru. Startups Talks pula menjadi lubuk pengetahuan bagi syarikat baru bertapak,” katanya.

ITEX 2017 berlangsung selama tiga hari hingga 13 Mei ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Sepanjang penganjuran acara 3-hari ITEX 2017, antara program disediakan ialah ‘Venture Capital to Entrepreneur Talk’, Sesi Pemadanan Perniagaan dan Pameran Seni dan Kreativiti.


Untuk maklumat lanjut mengenai ITEX, layari www.itex.com.my atau Laman FB ITEX: ITEXMalaysia.

More news 
Iranian inventors bag 13 medals in ITEX 2017
http://en.mehrnews.com/news/125346/Iranian-inventors-bag-13-medals-in-ITEX-2017

Qatari inventor wins gold at ITEX Malaysia 2017
http://www.thepeninsulaqatar.com/article/13/05/2017/Qatari-inventor-wins-gold-at-ITEX-Malaysia-2017

http://www.hmetro.com.my/bisnes/2017/05/228607/himpun-1000-inovasi

Foto sekitar ITEC2017






Salah satu pameran terbesar ciptaan di dunia – ITEX’17 (28th International Invention & Innovation Exhibition) 11-13 Mei 2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur, Malaysia, adalah sebuah platform bagi invention terbaik di rantau ini meliputi dari Asia dan Eropah. Lebih daripada 20 negara telah mengambil bahagian dalam pameran pada tahun ini.

Acara yang berlangsung selama tiga hari pada 11 hingga 13 Mei 2017 ini juga, merupakan pameran tahunan yang mempunyai 23 kategori ciptaan berkaitan dengan inovasi atau teknologi yang bertujuan untuk menjadikan kehidupan lebih baik di serata dunia. Salah satu ciri yang paling menonjol di ITEX’17 adalah Invention dan Pertandingan reka bentuk tempatan dan Anugerah antarabangsa telah diberikan kepada pereka cipta berjaya.

Lebih 1000 ciptaan oleh inventor atau pereka bentuk tempatan juga antarabangsa, saintis penyelidikan, institusi penyelidikan, pencipta individu, pencipta muda, pencipta cilik dan syarikat dipamerkan. Semua peserta telah melakukan yang terbaik bagi merebut perhatian pelabur dan pengkomersialkan hasil ciptaan mereka melalui padanan perniagaan.

Pada tahun ini, Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menghantar 36 produk invention & innovation untuk memasuki pameran dan pertandingan. Sebanyak 20 produk ditaja oleh pihak Institute of Research Management & Innovation (IRMI), 2 produk ditaja oleh pihak Accointing Research Institute (ARI), 4 produk dari pihak Infrastructure Engineering and Sustainability Management (IIESM) dan 9 produk dari Institute of Pathology, Laboratory & Forensic Medicine (I-PperForm) manakala penyertaan individu dari Fakulti Sains Gunaan (AS) 1 produk penyertaan.

Hasil dari penghakiman ITEX’17,secara keseluruhannya UiTM telah memenangi 1 Anugerah Khas, 17 Emas, dan 19 Perak. Produk yang telah mendapat Anugerah Khas adalah: International Trade Fair Ideas Inventions New Products (iNEA 2017 Award) kepada Dr. Muhammad Hussain Bin Ismail dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (EM), produk yang bertajuk “Porous NiTi Dental Implant by An Innovative Powder Metallurgy Route”.

Kontijen dari UiTM ini telah diuruskan oleh pihak Research Innovation Business Unit (RIBU).

Anugerah dan penghargaan yang berprestij ini telah disampaikan oleh Emeritus Professor Tan Sri Datuk Dr. Augustine Ong Soon Hok, Presiden Malaysian Invention and Design Society (MINDS) dan YB Datuk Wira Dr. Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) kepada produk invention dan innovation yang berjaya semasa jamuan makan Malam Budaya Cipta (Celebration of Creativity Banquet) bertempat di Tingkat 3, Grand Ballroom KLCC, Kuala Lumpur.

sumber
http://ribu.uitm.edu.my/v2/index.php/27-event/63-itex2017


Klik disini : Keputusan penuh ITEX 2017 http://ribu.uitm.edu.my/v2/images/document/Innovation/itex2017Result.pdf


Contact Me

Snap & Read with QRCODE Reader

http://zxing.appspot.com/generator/